Followers

Sunday, July 11, 2010

Sembang Isnin

Assalamualaikum

Quote of the day

Life is not all beds and roses. There are wars in other parts of the world, some people are starving, others are homeless. We have to think about other people who are not as lucky as we are here in Malaysia

Moderator dapat ayat di atas ni dari blog seseorang yang tidak dikenali.  Hasil tulisannya penuh semangat juang dan juga penuh dengan kritikan yang membina. Jika ada yang berminat untuk membaca blog tersebut sila email kepada moderator norha569@salam.uitm.edu.my.  Saya akan email kan address nya ya. Okey happy Monday!


Tahniah Spain!

Tahniah Spain atas kemenangan pagi tadi. Apa rasanya menjadi pasukan bola sepak terkuat di dunia ya? Bangga dan gembira untuk rakyat Spain.  

Moderator pasti mesti ramai penyokong-penyokong Spain dari kalangan Setiausaha sekalian :D.  Moderator tak tengok bola pun. Maklumlah pasukan pilihan Jerman dah kalah pusingan separuh akhir hari tu.  Yang pastinya anda yang menyokong Spain tersenyum puas dan tak sia-sia bangun pukul 2.00 pagi! okey one more time T.A.H.N.I.A.H!


Apakah suatu hari nanti Malaysia akan termasuk dalam pasukan yang bertanding di Piala Dunia? - Hanya Allah yang Maha mengetahui......

Sunday, July 4, 2010

Malaysia Old Sayings

Assalamualaikum

Seperti yang dijanjikan setiap minggu hari Isnin Moderator akan berkongsi ilmu bersama tuan/puan sekalian.  Sebarang idea atau pendapat jangan lupa salurkan ke norha569@salam.uitm.edu.my. Thank you.

Malaysia Old Sayings

Where the soil is stepped, is where the sky is upheld.
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Wednesday, June 30, 2010

Darul Ehsan Medical Centre Shah Alam - bangunan baru

Moderator jatuh longkang semalam! - bengkak lutut terdengkut-dengkut berjalan. Agak sakit juga lah.  Pergi ke klinik untuk cuci luka yang agak dalam. Oh pedih! so hari ni lepas cuci pinggul pulak terasa sakit. Al-maklum semalam jatuh terhentak lutut dan terus terduduk! Dapat MC. So atas katil dan berehat sambil update blog Setiausaha ni.

Anyway seperti yang dijanjikan laman blog ini adalah laman yang sepatutnya memberikan informasi terkini Untuk makluman kepada setiausaha yang bekerja di UiTM Shah Alam, Puncak Perdana dan Puncak Alam nak khabarkan berita gembira Darul Ehsan Medical Centre Shah Alam telah berpindah dari Seksyen 9 ke bangunan baru berhampiran dengan Bluewave Hotel Shah Alam.  

Kepada pemegang Kad Etiqa berkelompok UiTM adalah dimaklumkan bahawa harga bilik untuk Pakej A dan B sahaja yang masih mungkin boleh digunakan.  Sebab? Bilik Double Bed sekarang di bangunan baru beharga RM150.00 dan bilik single standard beharga RM185.00 sehari semalam.

So bagi pemegang Pakej C yang entitlement untuk bilik RM100.00 sehari semalam nampaknya kenalah upgrade pakej anda mulai Januari tahun hadapan.  

Apa-apa hal pun Isnin depan dapatkan senarai harga rasmi dari Laman Web DEMC.  Jom tengok bilik-bilik baru yang ada di DEMC.  


Ruang legar DEMC yang sangat luas.  Escalator disediakan untuk kegunaan dan kemudahan pelanggan juga kakitangan dan pelawat.



Klinik untuk pesakit luar. DEMC klinik adalah klinik panel UiTM. Bertuah bekerja untuk UiTM.




Bilik untuk wanita yang hendak bersalin. 



Bilik Single RM185.00 


Bilik Single di wad kanak-kanak (katil itu atas permintaan parents kanak-kanak terbabit, jika tidak katil ada katil single biasa). Harga RM185.00



Wad kanak-kanak terbahagi dua. Jungle and Undersea



Bilik Kanak-Kanak bermain juga disediakan.
Bilik Tema Jepun RM650.00



Bilik Tema Melayu RM650.00



Bilik Deluxe RM450.00



Bilik Tema Perancis RM650.00


Banyak lagi gambar anda boleh lihat di laman blog peribadi Moderator di http://chepearl.blogspot.com/  (esok).   Harga-harga bilik yang dinyatakan di atas belum rasmi.  Sila layari laman web DEMC pada hari Isnin minggu hadapan untuk dapatkan harga yang lebih tepat.  Hospital DEMC yang baru ini juga dilengkapi dengan MRI dan CTScan.  Bak kata orang 'semuanya ada! sediakan aje la duitnya ye' 

Okey Moderator perlu makan ubat tahan sakit.  Assalamualaikum :D

Sunday, June 27, 2010

Mohon Email kepada saya gambar-gambar lama anda

Kalau tiada yang Lama, Yang Baru pun tak wujud betul tak?

Jawatan Setiausaha sememangnya antara jawatan yang telah lama wujud baik di sektor kerajaan mau pun swasta.  Perkataan Setiausaha itu sendiri sangat Istimewa.  Bayangkan KSU pun maksudnya Setiausaha :D.  Okey kepada kakak-kakak yang telah lama berkhidmat di UiTM sudikah kiranya berkongsi gambar-gambar lama anda dari awal tahun 70-an atau pun tahun 80-an? Lagi bagus kalau gambar beramai-ramai. Rasanya saya pernah menerima email dari salah seorang kakak setiausaha (gambar beramai-ramai bersama Tun Mahathir Mohamad yang pada ketika itu adalah Perdana Menteri Malaysia).

Zaman berubah tetapi jawatan Setiausaha masih relevan! Wah! satu kemenangan bagi pihak kita :D. Syukur alhamdulillah.  Eh? jangan lupa ye kakak-kakak sekalian. kalau dah jumpa, scan la gambar-gambar itu dan email kan kepada saya norha569@salam.uitm.edu.my - untuk apa gambar lama tu Puan Moderator? ha ha ha project khas lah. Sayang kalau tak disimpan di dalam blog kita kan? Sesekali terkenang ke zaman dulu-dulu boleh buat kita tersenyum.

Okey saya tunggu! :D

AWOL

Mulai minggu ini, setiap hari Isnin Moderator akan akan cuba berkongsi idiom yang menarik dan yang selalu digunakan baik dalam perbualan harian, film dan drama.  Kepada anda semua jika ada apa-apa yang menarik jangan malu dan segan untuk berkongsi dengan kami moderator okey?

So apa nak belajar hari ni?  Oh yes saya jumpa idiom yang menarik untuk dikongsi bersama. Lepas ni boleh la kita gunakannya dalam perbualan seharian. Eh? jangan tak tau boleh juga diajar kepada adik, kakak atau anak-anak kita.   Jom! belajar sama-sama :D



AWOL 
  • sebutan A (sebut huruf A) WOL seolah-olah menyebut perkataan Wall
  • Ianya mesti ditulis dengan huruf besar ye
Idiom definition for AWOL

Absent Without Leave or Absent Without Official Leave

Originally a military term, it is used when someone has gone missing without telling anyone or asking for permission


Example:  Nobody goes AWOL on my watch.

Monday, June 21, 2010

Jamuan Makan Malam Kelab Setiausaha UiTM 2010


Moderator ada menerima beberapa emails dari setiausaha-setiausaha yang bertanyakan gambar-gambar majlis makan malam pada 16 Jun 2010 yang lalu.  Oh saya sudah menghubungi sumber-sumber yang berkenaan :D.  Thank you Cik Zaliyanti Abidin jurufoto yang bertugas.   Jom layan gambar Majlis Makan Malam juga gambar beramai-ramai semasa seminar tempoh hari. 













Kak Zi angkat sumpah ke tu?  hehehe

Dari kiri:  Kak Zi, Puan Norziah, Kak Adil, Puan Aniah, Sherry (adakah moderator saja yang perasan? sherry dah KURUS!), Dr Zahrah dan Puah Hajah Haliza (ex boss moderetor) :D




Kak Fida dan KaK Leha, Kak Sohaini kekal dengan senyuman lebar nya :D

Kak J:  Kena fokus nih PTK tak lama lagi

Kak Roseleni:  Eleh aku Senior Tertinggi kacang je nih....

Kak Zah:  Yang penting tangan pegang Pen

heheheheheheh - jangan marah :D




Smile!!!!!!!!!!!! :D

Bengkel Setiausaha UiTM 2010

TRANSFORMASI MINDA KE ARAH BUDAYA PERDANA
DEWAN BISTARI KOLEJ MAWAR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)

16 - 18 JUN 2010




**************************


Terlebih dahulu Moderator ingin memohon maaf tidak dapat hadir Jamuan Makan Malam pada malam 16 Jun 2010 yang lalu di atas sebab yang tidak dapat saya elakkan.  Oh ye  Saya dengar adik-adik dan kakak-kakak Setiausaha sekalian really have fun dengan kehadiran pelawak terkenal Salleh Yakub.  Awas jangan ada yang terpikat ha ha.


Tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Kelab Setiausaha yang bersungguh-sungguh merancang dan merealisasikan bengkel kali ini.  Saya percaya banyak ilmu dan perkara baru yang boleh dimanfaatkan oleh kita semua baik di pejabat atau pun dalam kehidupan seharian.  Saya sendiri belajar sesuatu dari penceramah-penceramah yang diundang terutamanya slot yang dikelolakan oleh Puan Norziah Daim, Timbalan Pendaftar Kanan dari Bahagian Pentadbiran dan Sekretariat.  Wow! siapa kata Bahasa Malaysia mudah? Banyak lagi yang perlu kita pelajari sebenarnya kan?

Slot kegemaran saya sudah tentu dari Y Bhg Datuk Profesor Dr Hajah Ramlah Adam, Dekan, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM.  Saya yakin semangat nasionalisme di kalangan adik-adik dan kakak-kakak sekalian amat tinggi setinggi Menara Kuala Lumpur dan berkobar-kobar bagai api obor yang menyala! 

Oh ya saya sempat mengambil gambar para setiausaha sekalian. Oleh kerana blog ini adalah blog Setiausaha UiTM saya cuba untuk capture dan upload gambar Puan/Tuan/Cik Setiausaha sekalian.  Jika ada yang gambarnya tidak tertangkap oleh lensa kamera comel saya, mohon maaf. Mungkin saya terlepas pandang.  

Okey jom jalan jalan tengok gambar! 




Para Setiausaha sedang khusyuk mendengar ceramah




Yang berbaju putih, duduk dan berseri-seri itu tak lain tak bukan Kak Balqis. Yang duduk di barisan belakang Asha.  Okey kiri Kak Balqis, Kak Yan dan tudung pink Kak Sariah.  Kanan berdiri belah belakang Kak Esah (berbaju hitam) yang depan kak Esah (berbaju hitam). Depan Kak Esah maaf saya tak berapa ingat. Nanti saya tanya pada senior :D update later orait?



Tengah:  Suhaila and then Hanom (yang berbaju biru sila hubungi saya ye?)




Dari kiri:  Kak Roseleni, Kak Zah, Kak J, Kak Mas



Qistina & Lisa




Senyum lah senyum la che mek molek heheheheh 
Kalau malam dinner tu jemput M. Daud Kilau pun menarik ye tak? :D




Kelihatan kak Sohaini yang tersenyum lebar hehehehe




Sahabat-sahabat dari UiTM Melaka. Lain kali jumpa lagi ye kak? 
Tak sempat nak sembang pasal cencalok :D




Kak Azi & Kak Jun



Moderator (Hani) & Dee



Serious je geng akak akak ni hehehe



Kak Ana ke tu? and alamak lupa pulak nama akak ni. 
Tapi saya tahu akak dari Bendahari kat Canseleri kan? Maaf kak saya lupa.



Jangan cemburu Kak Min dapat gambar sendirian :D



Datin Ramlah dari FSSR. Nampak kak latifah sebelah muka je. Dia tak nak pose masa tu tak tau kenapa :D



Mohsin kontrol Macho! hahaha ada rupa pewakilan baru balik bersidang la mohsin! :P
Dari kiri:  Kak Zura, Sherry dan Kak Yati dari UiTM Kedah 

Banyak jual novel kali ni Kak Yati? :D








Kak Shida (murah dengan senyuman akak ni)

Kak Aju (ohhhhhh bukan senang nak mintak Kak Aju senyum hehehehehehe akhirnya! dapat jugak)




Saya dan Sahabat-Sahabat dari Sabah dan Sarawak! 

oh trust me we started to miss you guys already!   hmmm saya tak dapat ke Sabah tahun depan.  




Makan tenghari pada hari terakhir seminar.  Apa la yang disembangkan tu? Serious je nampaknya :D




Ini gambar yang paling Moderator suka :D - Pisang tu sedap kan kak? :D




Ini pinggan penulis :D. Diet? Oh tidak!!!!!!!!! :D


Terima kasih Daun Keladi - Hadiah cabutan bertuah malam dinner.  Kalau ada rezeki dan kesihatan yang baik mungkin ke Sabah tahun hadapan. Jika tidak moderator Balqis, Esah, Sohani la nampaknya kena update story. 

Assalamualaikum :D

Thursday, June 17, 2010

Seminar 2011 Di Sabah!

Wah! tahun hadapan Kelab Setiausaha UiTM akan mengadakan seminar buat pertama kalinya di Negeri Di Bawah Bayu - Sabah!. Tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa yang bertungkus lumus berusaha untuk menjadikan impian menjadi REALITI.

Sudah tentu Setiausaha UiTM di Kampus UiTM Cawangan Sabah juga turut gembira. Jangan lupa bawa jalan jalan sekitar Kota Kinabalu ya bah? :D
Dengar khabarnya Perkhidmatan Penerbangan Air Asia menjadi pilihan. Ya, kenapa perlu berbelanja mahal sedangkan ada yang lebih berpatutan. Bak kata Pendaftar, Dr Zahrah Mokhtar, Economic decision-making. RM200 ringgit termasuk hotel adalah pakej terbaik. Moderator mendoakan semua yang dirancang akan berjaya dan seminar tahun hadapan akan menjadi antara yang terbaik pernah dianjurkan.
 
Di sini Moderator sertakan gambar dan maklumat berkenaan Tune Hotel Sabah untuk tatapan dan juga maklumat tambahan kepada semua setiausaha yang telah mengesahkan kehadiran. Cantik, selesa dan menjimatkan. Jangan lupa pulang bawa MUTIARA ya!



Bangunan Tune Hotel di Sabah - Gambar dari Tune Hotel Air Asia Website



Single Bed Room - Gambar dari Tune Hotel Air Asia Website




Double Bed Room (Gambar ini di ambil dari Tune Hotel Kota Damansara) Maaf tiada gambar double bed room di paparkan di Website Tune Hotel Sabah. Kemungkinan di Sabah juga begini la konsepnya - Gambar dari Tune Hotel Air Asia Website



Maklumat Tambahan Yang Perlu Anda Tahu:
Chargeable Add-on (Bayarah Tambahan Di kenakan):

Air Conditioning

LCD TV

In-Room WiFi

Towels + Toiletries

Check Out Time: 

Precisely 10.00 am



SELAMAT BERSEMINAR




Salam Permulaan

Assalamualaikum Setiausaha UiTM
Blog ini diwujudkan khas buat semua Setiausaha Univesiti Teknologi MARA (UiTM). Jom kita sama-sama manfaatkan kemudahan teknologi masa kini untuk kebaikan kita bersama. Insyaallah moderator akan sentiasa cuba memperbaiki blog ini dari segi pengisian maklumat atau informasi terkini juga  kekemasannya untuk makluman dan kegunaan bersama.

Setiausaha sekalian mari kita semua berkongsi pengalaman, minat, pendapat, idea dan aktiviti terkini. Pihak moderator mengalu-alukan cadangan anda semua. Sebarang komen sila majukan kepada kami Balqis, Esah, Sohaini atau Hani melalui email Lotus Notes UiTM.

Last but not Least,  jangan lupa menjadi ahli Blog SETIAUSAHA UiTM ya?


Salam manis dari kami moderator :D