Followers

Thursday, June 17, 2010

Seminar 2011 Di Sabah!

Wah! tahun hadapan Kelab Setiausaha UiTM akan mengadakan seminar buat pertama kalinya di Negeri Di Bawah Bayu - Sabah!. Tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa yang bertungkus lumus berusaha untuk menjadikan impian menjadi REALITI.

Sudah tentu Setiausaha UiTM di Kampus UiTM Cawangan Sabah juga turut gembira. Jangan lupa bawa jalan jalan sekitar Kota Kinabalu ya bah? :D
Dengar khabarnya Perkhidmatan Penerbangan Air Asia menjadi pilihan. Ya, kenapa perlu berbelanja mahal sedangkan ada yang lebih berpatutan. Bak kata Pendaftar, Dr Zahrah Mokhtar, Economic decision-making. RM200 ringgit termasuk hotel adalah pakej terbaik. Moderator mendoakan semua yang dirancang akan berjaya dan seminar tahun hadapan akan menjadi antara yang terbaik pernah dianjurkan.
 
Di sini Moderator sertakan gambar dan maklumat berkenaan Tune Hotel Sabah untuk tatapan dan juga maklumat tambahan kepada semua setiausaha yang telah mengesahkan kehadiran. Cantik, selesa dan menjimatkan. Jangan lupa pulang bawa MUTIARA ya!



Bangunan Tune Hotel di Sabah - Gambar dari Tune Hotel Air Asia Website



Single Bed Room - Gambar dari Tune Hotel Air Asia Website




Double Bed Room (Gambar ini di ambil dari Tune Hotel Kota Damansara) Maaf tiada gambar double bed room di paparkan di Website Tune Hotel Sabah. Kemungkinan di Sabah juga begini la konsepnya - Gambar dari Tune Hotel Air Asia Website



Maklumat Tambahan Yang Perlu Anda Tahu:
Chargeable Add-on (Bayarah Tambahan Di kenakan):

Air Conditioning

LCD TV

In-Room WiFi

Towels + Toiletries

Check Out Time: 

Precisely 10.00 am



SELAMAT BERSEMINAR




2 comments:

  1. Assalamualaikum,

    saya dari agensi kerajaan... bagaimana untuk saya ikuti seminar setiausaha 2011? saya berharap dapat ikutinya.

    tq

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum.

    Saya nak tanya, adakah seminar ini dibuka kepada semua setiausaha yang pernah belajar di Uitm..

    ReplyDelete