Moderator jatuh longkang semalam! - bengkak lutut terdengkut-dengkut berjalan. Agak sakit juga lah. Pergi ke klinik untuk cuci luka yang agak dalam. Oh pedih! so hari ni lepas cuci pinggul pulak terasa sakit. Al-maklum semalam jatuh terhentak lutut dan terus terduduk! Dapat MC. So atas katil dan berehat sambil update blog Setiausaha ni.
Anyway seperti yang dijanjikan laman blog ini adalah laman yang sepatutnya memberikan informasi terkini Untuk makluman kepada setiausaha yang bekerja di UiTM Shah Alam, Puncak Perdana dan Puncak Alam nak khabarkan berita gembira Darul Ehsan Medical Centre Shah Alam telah berpindah dari Seksyen 9 ke bangunan baru berhampiran dengan Bluewave Hotel Shah Alam.
Kepada pemegang Kad Etiqa berkelompok UiTM adalah dimaklumkan bahawa harga bilik untuk Pakej A dan B sahaja yang masih mungkin boleh digunakan. Sebab? Bilik Double Bed sekarang di bangunan baru beharga RM150.00 dan bilik single standard beharga RM185.00 sehari semalam.
So bagi pemegang Pakej C yang entitlement untuk bilik RM100.00 sehari semalam nampaknya kenalah upgrade pakej anda mulai Januari tahun hadapan.
Apa-apa hal pun Isnin depan dapatkan senarai harga rasmi dari Laman Web DEMC. Jom tengok bilik-bilik baru yang ada di DEMC.
Ruang legar DEMC yang sangat luas. Escalator disediakan untuk kegunaan dan kemudahan pelanggan juga kakitangan dan pelawat.
Klinik untuk pesakit luar. DEMC klinik adalah klinik panel UiTM. Bertuah bekerja untuk UiTM.
Bilik untuk wanita yang hendak bersalin.
Bilik Single RM185.00
Bilik Single di wad kanak-kanak (katil itu atas permintaan parents kanak-kanak terbabit, jika tidak katil ada katil single biasa). Harga RM185.00
Wad kanak-kanak terbahagi dua. Jungle and Undersea
Bilik Kanak-Kanak bermain juga disediakan.
Bilik Tema Jepun RM650.00
Bilik Tema Melayu RM650.00
Bilik Deluxe RM450.00
Bilik Tema Perancis RM650.00
Banyak lagi gambar anda boleh lihat di laman blog peribadi Moderator di http://chepearl.blogspot.com/ (esok). Harga-harga bilik yang dinyatakan di atas belum rasmi. Sila layari laman web DEMC pada hari Isnin minggu hadapan untuk dapatkan harga yang lebih tepat. Hospital DEMC yang baru ini juga dilengkapi dengan MRI dan CTScan. Bak kata orang 'semuanya ada! sediakan aje la duitnya ye'
Okey Moderator perlu makan ubat tahan sakit. Assalamualaikum :D