Followers

Showing posts with label Am. Show all posts
Showing posts with label Am. Show all posts

Sunday, July 11, 2010

Sembang Isnin

Assalamualaikum

Quote of the day

Life is not all beds and roses. There are wars in other parts of the world, some people are starving, others are homeless. We have to think about other people who are not as lucky as we are here in Malaysia

Moderator dapat ayat di atas ni dari blog seseorang yang tidak dikenali.  Hasil tulisannya penuh semangat juang dan juga penuh dengan kritikan yang membina. Jika ada yang berminat untuk membaca blog tersebut sila email kepada moderator norha569@salam.uitm.edu.my.  Saya akan email kan address nya ya. Okey happy Monday!


Tahniah Spain!

Tahniah Spain atas kemenangan pagi tadi. Apa rasanya menjadi pasukan bola sepak terkuat di dunia ya? Bangga dan gembira untuk rakyat Spain.  

Moderator pasti mesti ramai penyokong-penyokong Spain dari kalangan Setiausaha sekalian :D.  Moderator tak tengok bola pun. Maklumlah pasukan pilihan Jerman dah kalah pusingan separuh akhir hari tu.  Yang pastinya anda yang menyokong Spain tersenyum puas dan tak sia-sia bangun pukul 2.00 pagi! okey one more time T.A.H.N.I.A.H!


Apakah suatu hari nanti Malaysia akan termasuk dalam pasukan yang bertanding di Piala Dunia? - Hanya Allah yang Maha mengetahui......

Sunday, June 27, 2010

Mohon Email kepada saya gambar-gambar lama anda

Kalau tiada yang Lama, Yang Baru pun tak wujud betul tak?

Jawatan Setiausaha sememangnya antara jawatan yang telah lama wujud baik di sektor kerajaan mau pun swasta.  Perkataan Setiausaha itu sendiri sangat Istimewa.  Bayangkan KSU pun maksudnya Setiausaha :D.  Okey kepada kakak-kakak yang telah lama berkhidmat di UiTM sudikah kiranya berkongsi gambar-gambar lama anda dari awal tahun 70-an atau pun tahun 80-an? Lagi bagus kalau gambar beramai-ramai. Rasanya saya pernah menerima email dari salah seorang kakak setiausaha (gambar beramai-ramai bersama Tun Mahathir Mohamad yang pada ketika itu adalah Perdana Menteri Malaysia).

Zaman berubah tetapi jawatan Setiausaha masih relevan! Wah! satu kemenangan bagi pihak kita :D. Syukur alhamdulillah.  Eh? jangan lupa ye kakak-kakak sekalian. kalau dah jumpa, scan la gambar-gambar itu dan email kan kepada saya norha569@salam.uitm.edu.my - untuk apa gambar lama tu Puan Moderator? ha ha ha project khas lah. Sayang kalau tak disimpan di dalam blog kita kan? Sesekali terkenang ke zaman dulu-dulu boleh buat kita tersenyum.

Okey saya tunggu! :D

Thursday, June 17, 2010

Salam Permulaan

Assalamualaikum Setiausaha UiTM
Blog ini diwujudkan khas buat semua Setiausaha Univesiti Teknologi MARA (UiTM). Jom kita sama-sama manfaatkan kemudahan teknologi masa kini untuk kebaikan kita bersama. Insyaallah moderator akan sentiasa cuba memperbaiki blog ini dari segi pengisian maklumat atau informasi terkini juga  kekemasannya untuk makluman dan kegunaan bersama.

Setiausaha sekalian mari kita semua berkongsi pengalaman, minat, pendapat, idea dan aktiviti terkini. Pihak moderator mengalu-alukan cadangan anda semua. Sebarang komen sila majukan kepada kami Balqis, Esah, Sohaini atau Hani melalui email Lotus Notes UiTM.

Last but not Least,  jangan lupa menjadi ahli Blog SETIAUSAHA UiTM ya?


Salam manis dari kami moderator :D