Followers

Showing posts with label Seminar/Bengkel. Show all posts
Showing posts with label Seminar/Bengkel. Show all posts

Monday, June 21, 2010

Jamuan Makan Malam Kelab Setiausaha UiTM 2010


Moderator ada menerima beberapa emails dari setiausaha-setiausaha yang bertanyakan gambar-gambar majlis makan malam pada 16 Jun 2010 yang lalu.  Oh saya sudah menghubungi sumber-sumber yang berkenaan :D.  Thank you Cik Zaliyanti Abidin jurufoto yang bertugas.   Jom layan gambar Majlis Makan Malam juga gambar beramai-ramai semasa seminar tempoh hari. 













Kak Zi angkat sumpah ke tu?  hehehe

Dari kiri:  Kak Zi, Puan Norziah, Kak Adil, Puan Aniah, Sherry (adakah moderator saja yang perasan? sherry dah KURUS!), Dr Zahrah dan Puah Hajah Haliza (ex boss moderetor) :D




Kak Fida dan KaK Leha, Kak Sohaini kekal dengan senyuman lebar nya :D

Kak J:  Kena fokus nih PTK tak lama lagi

Kak Roseleni:  Eleh aku Senior Tertinggi kacang je nih....

Kak Zah:  Yang penting tangan pegang Pen

heheheheheheh - jangan marah :D




Smile!!!!!!!!!!!! :D

Bengkel Setiausaha UiTM 2010

TRANSFORMASI MINDA KE ARAH BUDAYA PERDANA
DEWAN BISTARI KOLEJ MAWAR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)

16 - 18 JUN 2010




**************************


Terlebih dahulu Moderator ingin memohon maaf tidak dapat hadir Jamuan Makan Malam pada malam 16 Jun 2010 yang lalu di atas sebab yang tidak dapat saya elakkan.  Oh ye  Saya dengar adik-adik dan kakak-kakak Setiausaha sekalian really have fun dengan kehadiran pelawak terkenal Salleh Yakub.  Awas jangan ada yang terpikat ha ha.


Tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Kelab Setiausaha yang bersungguh-sungguh merancang dan merealisasikan bengkel kali ini.  Saya percaya banyak ilmu dan perkara baru yang boleh dimanfaatkan oleh kita semua baik di pejabat atau pun dalam kehidupan seharian.  Saya sendiri belajar sesuatu dari penceramah-penceramah yang diundang terutamanya slot yang dikelolakan oleh Puan Norziah Daim, Timbalan Pendaftar Kanan dari Bahagian Pentadbiran dan Sekretariat.  Wow! siapa kata Bahasa Malaysia mudah? Banyak lagi yang perlu kita pelajari sebenarnya kan?

Slot kegemaran saya sudah tentu dari Y Bhg Datuk Profesor Dr Hajah Ramlah Adam, Dekan, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM.  Saya yakin semangat nasionalisme di kalangan adik-adik dan kakak-kakak sekalian amat tinggi setinggi Menara Kuala Lumpur dan berkobar-kobar bagai api obor yang menyala! 

Oh ya saya sempat mengambil gambar para setiausaha sekalian. Oleh kerana blog ini adalah blog Setiausaha UiTM saya cuba untuk capture dan upload gambar Puan/Tuan/Cik Setiausaha sekalian.  Jika ada yang gambarnya tidak tertangkap oleh lensa kamera comel saya, mohon maaf. Mungkin saya terlepas pandang.  

Okey jom jalan jalan tengok gambar! 




Para Setiausaha sedang khusyuk mendengar ceramah




Yang berbaju putih, duduk dan berseri-seri itu tak lain tak bukan Kak Balqis. Yang duduk di barisan belakang Asha.  Okey kiri Kak Balqis, Kak Yan dan tudung pink Kak Sariah.  Kanan berdiri belah belakang Kak Esah (berbaju hitam) yang depan kak Esah (berbaju hitam). Depan Kak Esah maaf saya tak berapa ingat. Nanti saya tanya pada senior :D update later orait?



Tengah:  Suhaila and then Hanom (yang berbaju biru sila hubungi saya ye?)




Dari kiri:  Kak Roseleni, Kak Zah, Kak J, Kak Mas



Qistina & Lisa




Senyum lah senyum la che mek molek heheheheh 
Kalau malam dinner tu jemput M. Daud Kilau pun menarik ye tak? :D




Kelihatan kak Sohaini yang tersenyum lebar hehehehe




Sahabat-sahabat dari UiTM Melaka. Lain kali jumpa lagi ye kak? 
Tak sempat nak sembang pasal cencalok :D




Kak Azi & Kak Jun



Moderator (Hani) & Dee



Serious je geng akak akak ni hehehe



Kak Ana ke tu? and alamak lupa pulak nama akak ni. 
Tapi saya tahu akak dari Bendahari kat Canseleri kan? Maaf kak saya lupa.



Jangan cemburu Kak Min dapat gambar sendirian :D



Datin Ramlah dari FSSR. Nampak kak latifah sebelah muka je. Dia tak nak pose masa tu tak tau kenapa :D



Mohsin kontrol Macho! hahaha ada rupa pewakilan baru balik bersidang la mohsin! :P
Dari kiri:  Kak Zura, Sherry dan Kak Yati dari UiTM Kedah 

Banyak jual novel kali ni Kak Yati? :D








Kak Shida (murah dengan senyuman akak ni)

Kak Aju (ohhhhhh bukan senang nak mintak Kak Aju senyum hehehehehehe akhirnya! dapat jugak)




Saya dan Sahabat-Sahabat dari Sabah dan Sarawak! 

oh trust me we started to miss you guys already!   hmmm saya tak dapat ke Sabah tahun depan.  




Makan tenghari pada hari terakhir seminar.  Apa la yang disembangkan tu? Serious je nampaknya :D




Ini gambar yang paling Moderator suka :D - Pisang tu sedap kan kak? :D




Ini pinggan penulis :D. Diet? Oh tidak!!!!!!!!! :D


Terima kasih Daun Keladi - Hadiah cabutan bertuah malam dinner.  Kalau ada rezeki dan kesihatan yang baik mungkin ke Sabah tahun hadapan. Jika tidak moderator Balqis, Esah, Sohani la nampaknya kena update story. 

Assalamualaikum :D

Thursday, June 17, 2010

Seminar 2011 Di Sabah!

Wah! tahun hadapan Kelab Setiausaha UiTM akan mengadakan seminar buat pertama kalinya di Negeri Di Bawah Bayu - Sabah!. Tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa yang bertungkus lumus berusaha untuk menjadikan impian menjadi REALITI.

Sudah tentu Setiausaha UiTM di Kampus UiTM Cawangan Sabah juga turut gembira. Jangan lupa bawa jalan jalan sekitar Kota Kinabalu ya bah? :D
Dengar khabarnya Perkhidmatan Penerbangan Air Asia menjadi pilihan. Ya, kenapa perlu berbelanja mahal sedangkan ada yang lebih berpatutan. Bak kata Pendaftar, Dr Zahrah Mokhtar, Economic decision-making. RM200 ringgit termasuk hotel adalah pakej terbaik. Moderator mendoakan semua yang dirancang akan berjaya dan seminar tahun hadapan akan menjadi antara yang terbaik pernah dianjurkan.
 
Di sini Moderator sertakan gambar dan maklumat berkenaan Tune Hotel Sabah untuk tatapan dan juga maklumat tambahan kepada semua setiausaha yang telah mengesahkan kehadiran. Cantik, selesa dan menjimatkan. Jangan lupa pulang bawa MUTIARA ya!



Bangunan Tune Hotel di Sabah - Gambar dari Tune Hotel Air Asia Website



Single Bed Room - Gambar dari Tune Hotel Air Asia Website




Double Bed Room (Gambar ini di ambil dari Tune Hotel Kota Damansara) Maaf tiada gambar double bed room di paparkan di Website Tune Hotel Sabah. Kemungkinan di Sabah juga begini la konsepnya - Gambar dari Tune Hotel Air Asia Website



Maklumat Tambahan Yang Perlu Anda Tahu:
Chargeable Add-on (Bayarah Tambahan Di kenakan):

Air Conditioning

LCD TV

In-Room WiFi

Towels + Toiletries

Check Out Time: 

Precisely 10.00 am



SELAMAT BERSEMINAR